Soalan Lazim

FAQ

Semua yang anda perlu tahu sebelum menginap di D'Sara Chalet.

Cara Membuat Tempahan

  1. 1

    Pilih tarikh & tetamu

    Di laman utama atau halaman Bilik, pilih tarikh check-in dan check-out serta bilangan dewasa dan kanak-kanak, kemudian klik Cari.

  2. 2

    Pilih bilik

    Semak bilik yang tersedia, harga dan kapasiti. Pilih bilangan unit dan klik Tambah. Untuk kumpulan besar, kami akan cadangkan gabungan bilik yang sesuai.

  3. 3

    Semak troli

    Di troli, anda boleh ubah bilangan tetamu, tambah tetamu tambahan atau perkhidmatan tambahan, dan masukkan kod kupon.

  4. 4

    Isi butiran & bayar

    Masukkan nama, e-mel dan nombor telefon, pilih kaedah pembayaran dan klik Sahkan & Bayar.

  5. 5

    Terima pengesahan

    Pengesahan tempahan akan dihantar ke e-mel anda. Simpan rujukan tempahan dan tunjukkan semasa check-in.

Tempahan

Bagaimana cara membuat tempahan di D'Sara Chalet?
Ikut 5 langkah mudah di atas: pilih tarikh dan tetamu, pilih bilik, semak troli, isi butiran dan bayar. Anda tidak perlu mendaftar akaun untuk membuat tempahan.
Boleh saya tempah lebih dari satu bilik sekali gus?
Boleh. Tambah seberapa banyak bilik yang anda perlukan ke troli — malah jenis bilik yang berbeza — dan bayar sekali sahaja. Tetamu akan dibahagikan mengikut kapasiti setiap bilik.
Adakah kanak-kanak dikira dalam kapasiti bilik?
Ya. Kapasiti bilik termasuk dewasa dan kanak-kanak. Sesetengah bilik turut mempunyai had dewasa atau kanak-kanak yang tersendiri.
Bolehkah saya tambah tetamu melebihi kapasiti bilik?
Sesetengah bilik membenarkan tetamu tambahan dengan caj kecil. Pilih bilangan tetamu tambahan di troli — had maksimum berbeza mengikut bilik.
Bagaimana jika saya mahu ubah atau batalkan tempahan?
Sila hubungi kami secepat mungkin dengan rujukan tempahan anda. Perubahan dan pembatalan tertakluk kepada Terma & Syarat kami.

Pembayaran

Apakah kaedah pembayaran yang diterima?
Untuk tempahan online, anda boleh bayar melalui: FPX Online Banking (HerePay), FPX Online Banking (CHIP). Jumlah sebenar, termasuk cukai dan caj, dipaparkan sebelum anda membayar.
Saya bayar melalui pindahan bank. Apa langkah seterusnya?
Muat naik bukti bayaran di halaman pengesahan tempahan. Pihak kami akan mengesahkan tempahan anda selepas bayaran disemak.
Adakah tetamu bukan warganegara dikenakan caj tambahan?
Tetamu bukan warganegara Malaysia dikenakan Cukai Pelancongan mengikut peraturan kerajaan. Ia dikira secara automatik di halaman checkout.

Semasa Menginap

Pukul berapa waktu check-in dan check-out?
Check-in bermula jam 3:00 petang dan check-out sebelum jam 12:00 tengah hari. Untuk late check-out, sila mohon di kaunter hadapan, tertakluk kepada kekosongan.
Apa yang perlu saya bawa semasa check-in?
Bawa IC (MyKad) atau pasport untuk pendaftaran. Sesetengah bilik memerlukan deposit keselamatan yang akan dikembalikan, dibayar secara tunai atau pindahan bank semasa check-in — jumlahnya dinyatakan dalam e-mel tempahan anda.
Adakah akses kolam renang percuma?
Ya! Akses kolam renang PERCUMA untuk tetamu yang menginap — termasuk tetamu tambahan yang anda tempah. Waktu kolam: 8:30 pagi – 6:00 petang.
Apakah kemudahan lain yang disediakan?
Antaranya kolam renang keluarga dengan gelongsor air, surau, tempat letak kenderaan yang luas serta ruang BBQ. Lihat senarai penuh di halaman Kemudahan.

Akaun Saya

Bagaimana saya boleh lihat tempahan saya?
Log masuk di Akaun Saya dengan e-mel yang anda gunakan semasa menempah. Kali pertama? Klik "Lupa kata laluan?" untuk menetapkan kata laluan. Di sana anda boleh lihat tempahan, invois dan muat turun PDF.

Mata BLP

Apakah itu mata BLP?
BLP ialah Barokah Loyalty Points — program ganjaran untuk pelanggan setia perniagaan Barokah, termasuk D'Sara Chalet.
Bagaimana saya mengumpul mata BLP?
Mata dikumpul secara automatik untuk setiap penginapan yang selesai, termasuk perkhidmatan tambahan, dan dikreditkan ke akaun anda selepas check-out. Anggaran mata dipaparkan di troli dan halaman checkout.
Apa yang boleh saya lakukan dengan mata BLP?
Kumpul dan dapatkan manfaatnya di kemudian hari — mata boleh ditebus untuk ganjaran. Semak baki dan ganjaran yang tersedia di Akaun Saya.

Masih ada soalan?

Pasukan kami sedia membantu.